Kes harian di Arab Saudi 1,255

RIYADH  24 Jun – Kes harian Covid-19 di Arab Saudi masih melebihi 1,200 apabila jumlah yang direkodkan hari ini sebanyak 1,255, naik dua kes berbanding 1,253 semalam dengan jumlah kematian harian 14 orang. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 479,390 kes dengan 7,730 kematian. Sebanyak 1,247 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh 24 jam dan ini menjadikan jumlah kumulatif sembuh meningkat kepada 460,338 orang. Makkah merekodkan 340 kes, diikuti daerah Timur 282, Riyadh 203 dan Asir 156. Sebanyak 11,322 kes aktif dilaporkan dan 1,451 daripada jumlah…

Read More

Lonjakan kes harian 20,000

JAKARTA 24 Jun – Angka jangkitan Covid-19 di Indonesia terus melonjak hari ini dengan merekodkan 20,574 kes berbanding 15,308 semalam. Pertambahan kes sudah dijangka berikutan aktiviti mudik lebaran atau balik kampung semasa sambutan Aidilfitri walaupun penerintah melarang serta penyebaran varian Delta. Jumlah tertinggi sejak pandemik itu diumumkan pada 2 Mac 2020 kini  mengatasi angka tertinggi sebelum ini termasuk 14,536 yang dilaporkan pada 21 Jun lalu. Dengan pertambahan itu, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 2,053,995 kes. Sebanyak 355 kematian juga dilaporkan dan ini membawa kepada jumlah yang meninggal dunia…

Read More

Thailand catat 4,108 kes baharu

BANGKOK 24 Jun – Thailand merekodkan 4,108 kes baharu jangkitan Covid-19 dengan 31 lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 232,647 kes dan 1,775 kematian. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 3,879 kes melibatkan orang awam termasuk 14 kes import dan 229 banduan penjara. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 1,578 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 191,355 orang. Bagi kes kematian, Bangkok merekodkan 28 kes, dua di Ayutthaya dan satu di Lop Buri. Bangkok turut merekodkan kes harian…

Read More

Kuarantin wajib pengembara kekal

PUTRAJAYA 25 Jun – Kerajaan mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) pelanjutan tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian atau kuarantin selama 21 hari bagi kemasukan pengembara dari negara tertentu. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, berkata langkah itu diambil berikutan 50 peratus negara di dunia telah melaporkan penularan variant of concern (VOC) COVID-19 dalam komuniti. Katanya, berdasarkan SOP sedia ada, semua pengembara perlu menjalani ujian PCR Covid-19 tiga hari sebelum tarikh berlepas, dan semasa ketibaan di pintu masuk antarabangsa negara.  Selain  itu tempoh kuarantin wajib ke atas pengembara warganegara Malaysia dan…

Read More

Enam kes baharu Beta, Delta

PUTRAJAYA 24 Jun – Sebanyak enam kes varian baharu Covid-19 dilaporkan antara 20 hingga 22 Jun 2021, dengan kesemuanya adalah VOC iaitu lima kes varian Beta (B.1.351) dan satu kes varian Delta (B.1.617.2). Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan VOI adalah sebanyak 189 kes. “Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 173 kes adalah VOC manakala 16 kes adalah VOI,” katanya lagi.

Read More

Kes harian meningkat kembali

PUTRAJAYA 24 Jun – Kes harian Covid-19 menunjukkan peningkatan hari ini, dengan 5,841 lagi kes baharu dicatat dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes kumulatif meningkat kepada 716,847 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh yang sama, sebanyak 5,411 pesakit telah sembuh sepenuhnya menjadikan jumlah kes kumulatif sembuh meningkat kepada 650,964 (90.81%). Selain itu, 84 orang lagi dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 sebanyak 4,721. Selangor merekodkan 32 kematian , masing-masing 10 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, lapan di…

Read More

Singapura lapor 23 kes baharu

SINGAPURA 24 Jun – Singapura melaporkan 14 kes baharu Covid-19 dalam masyarakat dan sembilan kes import sehingga 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes 62,493. Bagi kes dalam masyarakat, 12 jangkitan ada kaitan dengan kes-kes terdahulu, 11 sudahpun dikuarantin dan satu dikesan menerusi ujian pemantauan manakala dua tiada tiada hubung kait dengan jangkitan-jangkitan lalu. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes import pula turut melibatkan empat warganegara Singapura atau Penduduk Tetap (PR). Kesemua mereka sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura. Tiada jangkitan baharu dikesan di asrama…

Read More

Filipina catat 6,043 kes baharu

MANILA 24 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 6,043 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,378,260 dengan kes aktif pula sebanyak 51,410. Sehingga pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 108 orang lagi meninggal dunia akibat Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 24,036 kematian. Di samping itu, kes sembuh meningkat kepada 1,302,814 orang atau 94.5 peratus termasuk 4,486 yang dilaporkan pulih hari ini. Sementara itu, Manila hari ini menerima tambahan dua juta dos vaksin Sinovac di mana 1.6 juta akan diagihkan beberapa kawasan seluruh negara manakala 400,000 dos lagi untuk kawasan…

Read More

Hanya dua negeri kes turun

PUTRAJAYA 24 Jun – Kecuali Pulau Pinang dan Pahang, semua negeri hari ini merekodkan kenaikan kes jangkitan harian berbanding semalam yang menunjukkan pertambahan kes daripada 5,244 kepada 5,841. Selangor terus merekodkan kenaikan dengan 2,072 berbanding 2,001 semalam menjadikan negeri itu penyumbang terbesar dengan jumlah kumulatif 235,120. Pahang yang merekodkan 162 kes, menunjukkan penurunan berbanding 245 semalam sementara Pulau Pinang merekodkan 108 kes berbanding 159. Selain Selangor, turut mencatatkan kenaikan kes adalah Negeri Sembilan dengan 781 berbanding 677 semalam, Sarawak 581 (577), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 552 (531), Johor 346 (282)…

Read More

Vaksinasi capai 6.55 juta dos

PUTRAJAYA 24 Jun – Sebanyak 252,773 suntikan vaksin direkodkan semalam 23 Jun yang membabitkan 174,448 dos pertama manakala selebihnya 78,325 dos kedua. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), angka itu menjadikan jumlah kumulatif vaksinasi di seluruh negara 6.55 juta dos. Setakat ini, jumlah kumulatif penerima vaksin dos pertama 4.75 juta (14.5 peratus) manakala mereka yang sudah lengkap dos kedua adalah 1.805 juta (5.5 peratus). Negeri yang mencatat penerima vaksin tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan lebih 982,000 dos, diikuti Selangor lebih 969,000 dos, Sarawak lebih 965,000…

Read More