Vaksinasi capai 6.55 juta dos

PUTRAJAYA 24 Jun – Sebanyak 252,773 suntikan vaksin direkodkan semalam 23 Jun yang membabitkan 174,448 dos pertama manakala selebihnya 78,325 dos kedua.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), angka itu menjadikan jumlah kumulatif vaksinasi di seluruh negara 6.55 juta dos.

Setakat ini, jumlah kumulatif penerima vaksin dos pertama 4.75 juta (14.5 peratus) manakala mereka yang sudah lengkap dos kedua adalah 1.805 juta (5.5 peratus).

Negeri yang mencatat penerima vaksin tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan lebih 982,000 dos, diikuti Selangor lebih 969,000 dos, Sarawak lebih 965,000 dos serta Johor lebih 597,000 dos.

Related posts

Leave a Comment