SINGAPURA 24 Jun – Singapura melaporkan 14 kes baharu Covid-19 dalam masyarakat dan sembilan kes import sehingga 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes 62,493.
Bagi kes dalam masyarakat, 12 jangkitan ada kaitan dengan kes-kes terdahulu, 11 sudahpun dikuarantin dan satu dikesan menerusi ujian pemantauan manakala dua tiada tiada hubung kait dengan jangkitan-jangkitan lalu.
Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes import pula turut melibatkan empat warganegara Singapura atau Penduduk Tetap (PR).
Kesemua mereka sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura. Tiada jangkitan baharu dikesan di asrama pekerja asing.
