Lonjakan kes harian 20,000

JAKARTA 24 Jun – Angka jangkitan Covid-19 di Indonesia terus melonjak hari ini dengan merekodkan 20,574 kes berbanding 15,308 semalam.

Pertambahan kes sudah dijangka berikutan aktiviti mudik lebaran atau balik kampung semasa sambutan Aidilfitri walaupun penerintah melarang serta penyebaran varian Delta.

Jumlah tertinggi sejak pandemik itu diumumkan pada 2 Mac 2020 kini  mengatasi angka tertinggi sebelum ini termasuk 14,536 yang dilaporkan pada 21 Jun lalu.

Dengan pertambahan itu, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 2,053,995 kes.

Sebanyak 355 kematian juga dilaporkan dan ini membawa kepada jumlah yang meninggal dunia meningkat kepada 55.949 orang.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 9,201 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah kes pulih keseluruhan 1,826,504 orang.

Kes aktif pula sebanyak 171,542 orang.

Related posts

Leave a Comment