Thailand catat 4,108 kes baharu

BANGKOK 24 Jun – Thailand merekodkan 4,108 kes baharu jangkitan Covid-19 dengan 31 lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 232,647 kes dan 1,775 kematian.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 3,879 kes melibatkan orang awam termasuk 14 kes import dan 229 banduan penjara.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 1,578 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 191,355 orang.

Bagi kes kematian, Bangkok merekodkan 28 kes, dua di Ayutthaya dan satu di Lop Buri.

Bangkok turut merekodkan kes harian tertinggi iaitu 1,359 diikuti Samut Prakan 297 i, Samut Sakhon 259, Chon Buri 254, Songkhla 216, Nonthaburi 170, Pathum Thani 157, Yala 119, Rayong 92 dan Nakhon Pathom 91.

Sebanyak tiga kluster baharu dikesan di Bangkok menjadikan 99 kluster termasuk melibatkan dua penempatan pekerja pembinaan, dua kluster di Samut Sakhon, serta kluster di Nonthaburi dan Pathum Thani

Kes import pula melibatkan kepulangan 12 warga Thai dari Kemboja dan dua ketibaan dari Oman dan Somalia.

Setakat semalam, 39,517 masih menerima rawatan di hospital termasuk 1,564 pesakit yang kritikal di mana 445 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment