Hanya dua negeri kes turun

PUTRAJAYA 24 Jun – Kecuali Pulau Pinang dan Pahang, semua negeri hari ini merekodkan kenaikan kes jangkitan harian berbanding semalam yang menunjukkan pertambahan kes daripada 5,244 kepada 5,841.

Selangor terus merekodkan kenaikan dengan 2,072 berbanding 2,001 semalam menjadikan negeri itu penyumbang terbesar dengan jumlah kumulatif 235,120.

Pahang yang merekodkan 162 kes, menunjukkan penurunan berbanding 245 semalam sementara Pulau Pinang merekodkan 108 kes berbanding 159.

Selain Selangor, turut mencatatkan kenaikan kes adalah Negeri Sembilan dengan 781 berbanding 677 semalam, Sarawak 581 (577), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 552 (531), Johor 346 (282) dan Kedah 271 (189).

Melaka pula merekodkan 247 (180), Wilayah Persekutuan Labuan 212 (77), Sabah 203 (129), Kelantan 135 (81), Perak 120 (75), Terengganu 29 (27), Wilayah Persekutuan Putrajaya 17 (13) dan Perlis 5 (1).

Related posts

Leave a Comment