Kes harian di Arab Saudi 1,255

RIYADH  24 Jun – Kes harian Covid-19 di Arab Saudi masih melebihi 1,200 apabila jumlah yang direkodkan hari ini sebanyak 1,255, naik dua kes berbanding 1,253 semalam dengan jumlah kematian harian 14 orang.

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 479,390 kes dengan 7,730 kematian.

Sebanyak 1,247 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh 24 jam dan ini menjadikan jumlah kumulatif sembuh meningkat kepada 460,338 orang.

Makkah merekodkan 340 kes, diikuti daerah Timur 282, Riyadh 203 dan Asir 156.

Sebanyak 11,322 kes aktif dilaporkan dan 1,451 daripada jumlah itu dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, sebanyak 16.8 juta vaksin telah disuntik melalui 587 pusat vaksinasi seluruh negara dan ini meliputi 70 peratus daripada penduduk Arab Saudi.

Related posts

Leave a Comment