Enam kes baharu Beta, Delta

PUTRAJAYA 24 Jun – Sebanyak enam kes varian baharu Covid-19 dilaporkan antara 20 hingga 22 Jun 2021, dengan kesemuanya adalah VOC iaitu lima kes varian Beta (B.1.351) dan satu kes varian Delta (B.1.617.2).

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan VOI adalah sebanyak 189 kes.

“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 173 kes adalah VOC manakala 16 kes adalah VOI,” katanya lagi.

Related posts

Leave a Comment