Kerjasama BN-PH perlu ada perjanjian

SEREMBAN 23 Ogos – Selepas ‘formula’ 14-14 pembahagian kerusi,  timbul pula syor kerjasama BN dan PH mesti ada perjanjian sekiranya kedua-dua gabungan itu bersetuju bekerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka.

Ketua Wanita PH, Aiman Athirah Sabu berkata, pandangan itu wajar dipertimbang kerana kerjasama kedua-dua pihak perlu ditambah baik supaya lebih kukuh dan lebih padu.

“Dalam proses gerakan kerjasama kita bagi menghadapi PRN Melaka dan seperti juga di peringkat Kerajaan Persekutuan, saya melihat perlunya ada usaha menambah baik secara berterusan dilakukan.

Jika sebelum ini tiada perjanjian, maka selepas ini (PRN Melaka) kena ada perjanjian supaya kerjasama itu lebih kukuh dan lebih padu.

Apa pun ia bergantung perbincangan (pimpinan) antara PH dengan BN,” kata Ketua Wanita Amanah (AWAN) selepas Merasmikan Konvensyen Wanita Amanah Negeri Sembilan 2026, hari ini.

Aiman Athirah berkata, PH bersedia terima mana-mana parti yang sanggup bekerjasama termasuk BN bagi menghadapi PRN Melaka, namun bergantung perbincangan atau rundingan kedua-dua pihak.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menegaskan perkara itu sedang dirundingkan dan biarlah rundingan berlangsung dengan baik dan lancar.

“Kalau tak ada (kerjasama), maka saya fikir akan berlaku seperti mana di PRN Johor dan Negeri Sembilan. Itu kita tengok dululah, terlalu awal untuk saya membuatkan kesimpulan. Biar rundingan berjalan dulu.

“Tapi bagi saya apa pun yang mereka bincangkan dan kerjasama ingin dijalin, paling penting untuk kebaikan rakyat,” katanya.

Mengulas kemungkinan PH meletakkan calon wanita dalam PRN Melaka, beliau mengesahkan perkara itu, namun bilangannya belum dimuktamadkan.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad, berkata parti itu sanggup bekerjasama dengan mana-mana parti asalkan tiada pendekatan menguasai dan mendominasi serta bersikap ‘big brother’.

“Kita sanggup kerjasama dengan mereka yang sanggup kerjasama dengan baik, jangan ada pendekatan ‘big brother’, nak menguasai dan mendominasi.

“Kita kalau bekerjasama maka mereka mesti sanggup untuk memberikan jumlah kerusi dan kedudukan yang sewajarnya. Yang sanggup didominasi adalah Pas. PH kita tak sanggup, kalau ada 28 kerusi maka seharusnya 14-14,” katanya di Kota Bharu baru-baru ini.

Nnn

Related posts

Leave a Comment