Kes jangkitan terus meningkat

PUTRAJAYA 12 Mac – Kes positif baharu Covid-19 di negara ini terus merekodkan peningkatan dengan merekodkan 32,800 lagi jangkitan baharu berbanding 30,787 kelmarin dan 30,246 pada 9 Mac lalu..

Portal COVIDNOW melaporkan, pertambahan itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 dalam negara sehingga semalam berjumlah 3,774,786 kes.

Sebanyak 32,259 daripada kes dilaporkan setakat tengah malam tadi membabitkan penularan tempatan, manakala 541 lagi kes import. Daripada jumlah itu, 32,617 kes (99.44%) adalah kategori satu dan dua dan 183 kes (0.56%) kategori 3, 4 dan 5.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 322,700 kes aktif dilaporkan dengan 310,351 kes menjalani pengasingan di rumah; 3,111 individu dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan 8,858 pesakit lagi menjalani rawatan di hospital.

Kesemua kes baharu yang dilaporkan semalam direkodkan di Selangor (9,120), Kuala Lumpur (3,349), Pulau Pinang (2,750), Johor (2,566), Kedah (2,508), Pahang (2,006), Negeri Sembilan (1,973), Sarawak (1,745) dan Kelantan (1,580).

Perak (1,494), Sabah (1,176), Terengganu (1,100), Melaka (838), Perlis (251), Putrajaya (231) dan Labuan (113).

 

Related posts

Leave a Comment