Hampir 13,000 kes di Indonesia

JAKARTA 18 Jun – Angka jangkitan Covid-19 di Indonesia terus menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 12,990 kes berbanding 12,624 kes semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1.963.226 manakala jumlah sembuh pula meningkat kepada 1.779.127 orang. Sementara itu, jumlah pesakit meninggal dunia bertambah sebanyak 290 kes  dan kumulatifnya mencapai 54.043 orang. Kes aktif atau pesakit yang masih memerlukan rawatan bertambah sebanyak 4,793 menjadikan 130, 096. Program vaksinasi pula, jumlah penerimanya bertambah melebihi 22 juta orang atau angka tepatnya 22.455.167 orang. Peningkatan ini dengan adanya tambahan penerima vaksin harian sebanyak 455.911 orang.…

Read More

Peningkatan kes 62,480

NEW DELHI 18 Jun – India merekodkan 62,480 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan  29,762,793 kes Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,587 kematian dicatatkan dalam tempoh itu, menjadikan jumlah yang meninggal dunia sebanyak 383,490. Ini adalah hari ke-11 berturut-turut kes keseluruhan dilaporkan di bawah100,000, setelah mencecah lebih 400,000 selama beberapa hari pada April dan Mei. Setakat ini terdapat 798,656 kes aktif, dengan penurunan 28,084 kes sepanjang 24 jam lepas. Sebanyak 28,580,647 pesakit telah pulih dan keluar dari hospital di seluruh negara, dengan 88,977 daripadanya dibenarkan pulang sejak pagi Khamis.…

Read More

1,236 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 18 Jun – Arab Saudi merekodkan 1,236 kes baharu Covid-19, turun sedikit berbanding 1,309 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 471,959. Menurut Kementerian Kesihatan, 15 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 7,650 kematian. Kementerian juga merekodkan 1,050 kes sembuh dalam tempoh 24 jam dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 453,259. Makkah merekodkan kes harian tertinggi iaitu 372, diikuti Riyadh 240, Timur 213, dan Asir  115. Jumlah kes aktif pula 11,050 dan 1,496 dalam keadaan kritikal.

Read More

Singapura benarkan makan di restoran

SINGAPURA 18 Jun – Mulai 21 Jun ini, Singapura membenarkan orang  ramai duduk makan di restoran dan pusat makanan tetapi dihadkan kepada dua individu sekumpulan berbanding lima sekumpulan yang diumumkan sebelum ini. Di samping itu, gim dan pusat kecergasan tertutup juga boleh beroperasi dengan had dua orang sekumpulan dan kelas sehingga 30 orang termasuk jurulatih. Jarak dua meter antara individu dan dan tiga meter antara kumpulan berasingan perlu dipatuhi. Keputusan tersebut diumumkan oleh pasukan bertindak berbilang kementerian mengenai Covid-19, dan ini  adalah sebahagian daripada pendekatan berjaga-jaga bagi membuka semula ekonomi.…

Read More

160 kilang, 17 premis diarah tutup

KUALA LUMPUR 18 Jun – Sebanyak 160 kilang dan 17 premis perniagaan yang beroperasi tanpa kebenaran dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) diarahkan tutup, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. “Tindakan ini sebagai usaha memastikan sektor perkilangan dan perniagaan mematuhi SOP sepanjang PKP menyeluruh,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut beliau, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, bermula 1 Jun sehingga Khamis, operasi Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas 496 kilang. Ismail Sabri menjelaskan, kerajaan sudah melaksanakan operasi pemantauan dan…

Read More

16 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 18 Jun – Singapura melaporkan 16 kes baharu Covid-19 yang meliputi 14 kes dalam masyarakat dan dua kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 62,382. Menurut Kementerian Kesihatan, empat kes tiada kaitan dengan kes terdahulu manakala daripada 10 kes baharu yang terkait dengan kes-kes sebelum ini, lima sudahpun dikenakan kuarantin dan lima lagi dikesan melalui pemantauan. Dua kes import – kedua-duanya adalah rakyat Singapura atau Penduduk Tetap (PR) yang sudahpun dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura. Tiada jangkitan baharu dilaporkan di asrama…

Read More

Naik kembali melebihi 6,000 kes

PUTRAJAYA 18 Jun – Naik kembali, jumlah kes harian Covid-19 melebihi 6,000 apabila merekodkan 6,440 kes  dalam tempoh 24 jam lalu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 685,204 kes. Berdasarkan jumlah jangkitan baharu yang dilaporkan, terdapat lima kes import yang menerima jangkitan dari luar negara manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 65,602 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia turut mencatat pertambahan 74 korban menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kini sebanyak 4,276. Kematian hari ini melibatkan 28 kes di Selangor, sembilan di Negeri Sembilan, masing-masing tujuh…

Read More

3,058 kes baharu di Thailand

BANGKOK 18 Jun – Sebanyak 22 kematian dan 3,058 kes baharu Covid-19 direkodkan Thailand hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,577 orang meninggal dunia dan 210,782 kes jangkitan. Daripada jumlah kes baharu itu, 2,599 adalah kes melibatkan orang awam termasuk 19 kes import manakala 459 lagi kes berkaitan penjara. Sebanyak 4,094 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 176,410. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Bangkok merekodkan 15 kematian, satu di penjara dan wilayah lain. Bangkok juga merekodkan kes tertinggi iaitu 867 diikuti Samut Prakan 239, Samut Sakhon 193, Songkhla 152, Chon…

Read More

Filipina tambah 6,833 kes baharu

MANILA 18 Jun – Filipina merekodkan 6,833 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,346,276. Setakat pukul 4 petang hari ini, sebanyak 110 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 23,385 kematian. Kes sembuh yang direkodkan setakat ini adalah 1,261,115 atau 93.7 peratus termasuk 3,441 kes sembuh baharu. Kes aktif pula adalah 61,776 atau 4.6 peratus daripada keseluruhan kes.

Read More

Naik kembali Selangor mendahului

PUTRAJAYA 18 Jun – Kes jangkitan baharu Covid-19 kembali meningkat dan Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan 2,095 kes berbanding 6,440 kes yang direkodkan negara hari ini. Selangor mencatatkan peningkatan kes hari ini berbanding 1,858 kes semalam dan 1,914 pada Rabu. Negeri Sembilan walaupun menunjukkan penurunan merekodkan kes yang tinggi dengan 870 berbanding 1,086 semalam. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan iaitu 816 berbanding 641 semalam, Johor 592 (449), Perak 357 (30), Melaka 223 (184), Kelantan 200 (154), Wilayah Persekutuan Labuan 152 (97), Pulau Pinang 122 (97) dan Pahang…

Read More