3,058 kes baharu di Thailand

BANGKOK 18 Jun – Sebanyak 22 kematian dan 3,058 kes baharu Covid-19 direkodkan Thailand hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,577 orang meninggal dunia dan 210,782 kes jangkitan.

Daripada jumlah kes baharu itu, 2,599 adalah kes melibatkan orang awam termasuk 19 kes import manakala 459 lagi kes berkaitan penjara.

Sebanyak 4,094 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 176,410.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Bangkok merekodkan 15 kematian, satu di penjara dan wilayah lain.

Bangkok juga merekodkan kes tertinggi iaitu 867 diikuti Samut Prakan 239, Samut Sakhon 193, Songkhla 152, Chon Buri 142, Nonthaburi 138, Pattani 95, Pathum Thani 93, Nakhon Pathom 88, Nakhon Si Thammarat 67, Chachoengsao 65 dan Prachuap Khiri Khan 50.

Setakat semalam sebanyak 32,795 pesakit sedang mendapatkan rawatan di hospital, 1,360 kes serius dan 378 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, 7.22 juta vaksin sudah disuntik iaitu 5.25 juta bagi dos pertama dan 1.97 juta bagi dos kedua. Semalam, sebanyak 215,885 vaksinasi dilakukan.

Related posts

Leave a Comment