160 kilang, 17 premis diarah tutup

KUALA LUMPUR 18 Jun – Sebanyak 160 kilang dan 17 premis perniagaan yang beroperasi tanpa kebenaran dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) diarahkan tutup, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob.

“Tindakan ini sebagai usaha memastikan sektor perkilangan dan perniagaan mematuhi SOP sepanjang PKP menyeluruh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, bermula 1 Jun sehingga Khamis, operasi Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas 496 kilang.

Ismail Sabri menjelaskan, kerajaan sudah melaksanakan operasi pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar SOP yang diwartakan.

Beliau juga memaklumkan sehingga 18 Jun, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menerima sebanyak 382 aduan mengikut kategori yang memerlukan tindakan penguatkuasaan daripada pelbagai kementerian dan agensi.

Daripada jumlah itu, aduan tertinggi yang direkodkan melibatkan pelanggaran arahan had peratusan kehadiran pekerja ke premis pekerjaan iaitu sebanyak 98 aduan,  sektor tidak penting merekodkan 77 aduan dan 60 aduan bagi kategori ketidakpatuhan SOP am.

Aduan boleh disalurkan terus kepada Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MyGCC) menerusi talian 03-80008000, atau e-mel kepada aduan.pematuhan@mkn.gov.my,”

Related posts

Leave a Comment