Filipina tambah 6,833 kes baharu

MANILA 18 Jun – Filipina merekodkan 6,833 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,346,276.

Setakat pukul 4 petang hari ini, sebanyak 110 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 23,385 kematian.

Kes sembuh yang direkodkan setakat ini adalah 1,261,115 atau 93.7 peratus termasuk 3,441 kes sembuh baharu.

Kes aktif pula adalah 61,776 atau 4.6 peratus daripada keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment