Naik kembali Selangor mendahului

PUTRAJAYA 18 Jun – Kes jangkitan baharu Covid-19 kembali meningkat dan Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan 2,095 kes berbanding 6,440 kes yang direkodkan negara hari ini.

Selangor mencatatkan peningkatan kes hari ini berbanding 1,858 kes semalam dan 1,914 pada Rabu.

Negeri Sembilan walaupun menunjukkan penurunan merekodkan kes yang tinggi dengan 870 berbanding 1,086 semalam.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan iaitu 816 berbanding 641 semalam, Johor 592 (449), Perak 357 (30), Melaka 223 (184), Kelantan 200 (154), Wilayah Persekutuan Labuan 152 (97), Pulau Pinang 122 (97) dan Pahang 79 (54).

Perlis, satu-satunya negeri yang tidak merekodkan sebarang kes semalam mencatatkan dua kes

Negeri yang merekodkan penurunan termasuk Sarawak 536 (559), Sabah 199 (248), Kedah 159 (197), Terengganu 32 (77) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 6 (7).

Related posts

Leave a Comment