Peningkatan kes 62,480

NEW DELHI 18 Jun РIndia merekodkan 62,480 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan  29,762,793 kes

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,587 kematian dicatatkan dalam tempoh itu, menjadikan jumlah yang meninggal dunia sebanyak 383,490.

Ini adalah hari ke-11 berturut-turut kes keseluruhan dilaporkan di bawah100,000, setelah mencecah lebih 400,000 selama beberapa hari pada April dan Mei.

Setakat ini terdapat 798,656 kes aktif, dengan penurunan 28,084 kes sepanjang 24 jam lepas.

Sebanyak 28,580,647 pesakit telah pulih dan keluar dari hospital di seluruh negara, dengan 88,977 daripadanya dibenarkan pulang sejak pagi Khamis.

Semua kedai dan restoran di Delhi telah dibenarkan dibuka dengan kapasiti hingga 50 peratus sejak awal minggu ini berikutan penurunan kes baharu. Tetapi sekolah, kolej dan institusi pendidikan lain, serta kolam renang dan gimnasium antara yang masih ditutup.

Related posts

Leave a Comment