Hampir 13,000 kes di Indonesia

JAKARTA 18 Jun – Angka jangkitan Covid-19 di Indonesia terus menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 12,990 kes berbanding 12,624 kes semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1.963.226 manakala jumlah sembuh pula meningkat kepada 1.779.127 orang.

Sementara itu, jumlah pesakit meninggal dunia bertambah sebanyak 290 kes  dan kumulatifnya mencapai 54.043 orang.

Kes aktif atau pesakit yang masih memerlukan rawatan bertambah sebanyak 4,793 menjadikan 130, 096.

Program vaksinasi pula, jumlah penerimanya bertambah melebihi 22 juta orang atau angka tepatnya 22.455.167 orang.

Peningkatan ini dengan adanya tambahan penerima vaksin harian sebanyak 455.911 orang. Sedangkan yang menerima vaksinasi kedua jumlahnya meningkat menjadi 12.096.066 orang. Untuk target sasaran vaksinasi berjumlah 40.349.049 orang.

Sementara itu, rakyat Indonesia berdepan dengan satu lagi gelombang besar wabak Covid-19 dengan pakar kesihatan mendakwa ia berlaku bukan disebabkan kemunculan varian delta tetapi akibat perjalanan pulang ke kampung sewaktu musim perayaan Aidilfitri.

Meskipun larangan telah dikuatkuasakan, rakyat Indonesia tetap berdegil sehingga kira-kira lima ke enam juta penduduk masih melakukan perjalanan pulang ke kampung.

Related posts

Leave a Comment