Saudi catat 1,175 kes baharu

RIYADH 11 Jun – Arab Saudi merekodkan 1,175 kes baharu Covid-19 berbanding 1,286 yang direkodkan semalam manakala jumlah kematian bertambah dua orang kepada 18 berbanding 16 semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 463,703 manakala kematian pula meningkat kepada 7,537. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,262 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah pulih 446,054. Makkah merekodkan kes harian tertinggi dengan 376 kes diikuti Riyadh 258, Timur 179, Asir 88 dan Madinah 77. Sebanyak 10,112 kes aktif direkodkan dan 1,559 dalam keadaan kritikal.

Read More

8,083 kes baharu Indonesia

JAKARTA 11 Jan – Kes harian Covid-19 hari ini bertambah sebanyak 8,083 menjadikan jumlah keseluruhan 1,894,025 dengan kes aktif pula 106,315. Bagi kes sembuh pula, terdapat pertambahan 6,230 kes menjadikan jumlah keseluruhan  1,735,144. Kematian pula meningkat kepada 52,566 orang selepas 193 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia Terdapat lima wilayah menambah pesakit sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Barat sebanyak 1.461 orang dan kumulatifnya 300.765 orang, Jakarta 1.182 (421,318), Jawa Tengah 769 (186,599), Riau 447 (58,761) dan Sumatera Barat 366 ( 42.535). Jakarta mendahului kes positif dengan  menambahkan 2,293 kes dengan kumulatifnya…

Read More

3,403 kematian harian di india

NEW DELHI 11 Jun – Angka korban Covid-19 di India meningkat kepada 363,079 selepas 3,403 kematian dilaporkan sejak pagi Khamis. Jumlah kes pula terus menunjukkan peningkatan hari ini apabila 91,702 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada 29,274,823 orang. Bagaimanapun jumlah kes harian turun, hari keempat berturut-turut kes di seluruh negara dilaporkan di bawah 100,000. Sebelum ini jumlah kes mencecah lebih 400,000 selama beberapa hari pada April-Mei ketika negara itu dilanda gelombang kedua pandemik. Sebanyak 1,121,671 kes aktif di India, penurunan 46,281 dalam tempoh 24 jam.  Secara keseluruhan…

Read More

PKPD di kampus UUM Sintok

KUALA LUMPUR 11 Jun – Lima lagi lokaliti di dua buah negeri termasuk Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 13 sehingga 26 Jun. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakub memaklumkan selain UUM, turut terlibat Kampung Kadazan, Tawau, Kampung Lobou 1 dan Kampung Bukit Permai di Kota Kinabalu serta di Taman Villa Felca Nambazan, Penampang, Sabah . Bagi Kampus UUM di Sintok, Ismail Sabri menjelaskan PKPD dilaksanakan setelah dalam tempoh seminggu, KKM mendapati berlaku peningkatan kes apabila sebanyak 18 kes positif dilaporkan hasil…

Read More

‘Tutup penuh’ disambung 14 hari

KUALA LUMPUR 11 Jun – Tambah dua minggu lagi ! Penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) atau ‘total lockdown’ di seluruh negara disambung lagi selama 14 hari bermula 15 sehingga 28 Jun. PKP 3.0 yang bermula 1 Jun lalu sepatutnya berakhir 14 Jun ini. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakub dalam kenyataannya menjelaskan perkara itu diputuskan dalam Sidang Khas MKN Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, hari ini. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000…

Read More

Kes Filipina kini 1,300,349

MANILA 11 Jun – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Filipina kini meningkat kepada 1,300,349 kes setelah 6,686 lagi kes baharu dilaporkan setakat pukul 4 petang ini. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), sebanyak 3,190 kes pesakit sembuh dilaporkan dan membawa kepada 1,216,497 kes pesakit pulih atau 93.6 peratus. Jumlah kematian juga meningkat apabila 196 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 22,507 orang. Kes aktif pula sebanyak 61,345 orang atau 4.7 peratus.

Read More

Kes Thailand 2,290, kematian 27

BANGKOK 11 Jun – Thailand merekodkan 2,290 kes baharu Covid-19 dengan 27 kematian menjadikan jumlah kumulatif 189,828 kes dan 1,402 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, daripada jumlah kes itu, sebanyak 1,996 adalah kes dalam masyarakat termasuk 30 kes import manakala 294 lagi kes di penjara. Sejak gelombang ketiga April lalu, sebanyak 160,965 kes dilaporkan di mana 117,572 sembuh dan sejak pandemik bermula awal tahun lepas, sebanyak 189,828 kes direkodkan. Kes kematian gelombang ketiga pula 1,308 dan 1,402 sejak pandemik bermula. Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 memaklumkan, 27 kematian adalah mereka yang berusia…

Read More

6,849 kes baharu, 84 kematian

PUTRAJAYA 11 Jun – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 6,849 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 646,411 kes dengan jumlah kematian pula 84 orang menjadikan kumulatif 3,768. Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Dr. noor Hisham Abdullah, daripada 6,849 kes itu, 6,845 adalah kes tempatan dan bakinya import. Kes tempatan melibatkan 4,935 warganegara (72.1%) dan 1,910 bukan warganegara manakala kes import melibatkan satu warganegara dan tiga bukan warganegara. Kes kematian pula melibatkan 19 di Selangor, 12 di Sarawak, lapan di Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing tujuh di Johor dan Wilayah…

Read More

Singapura lapor sembilan kes

SINGAPURA 11 Jun – Jumlah kes positif harian Covid-19 di Singapura terus menunjukkan penurunan apabila melaporkan sembilan kes baharu sehingga tengah hari ini. Tiga adalah kes dalam masyarakat yang tiada kaitan dengan kes-kes sebelum ini manakala enam lagi kes import. Menurut Kementerian Kesihatan, semua kes import, lima daripadanya adalah warga Singapura atau penduduk tetap yang baru pulang sudah dikenakan notis jangan keluar rumah atau diasingkan sebaik mereka tiba di Singapura. Tiada kes jangkitan baharu dilaporkan di asrama pekerja asing. Sehingga hari ini, Singapura mencatat 62,245 kes Covid-19 dan 34 kematian. …

Read More

66 % alami sindrom Post Covid

PUTRAJAYA 11 Jun – Sebanyak 66 peratus daripada pesakit Covid-19 dari kategori 4 dan 5 yang menerima rawatan susulan mengalami sindrom Post Covid, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, antara lima simptom yang kerap dialami oleh bekas pesakit Covid-19 adalah kelesuan, kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti, sukar tidur malam, batuk dan kegelisahan. Jelasnya, dapatan itu diperoleh dalam kajian klinikal melibatkan 1,004 pesakit. Sehingga kini, rawatan yang ditawarkan adalah berdasarkan simptom yang dipamerkan pesakit dan fungsi tubuh yang terlibat. Rujukan kepada bidang kepakaran yang berkaitan akan dilakukan bagi…

Read More