Kes Thailand 2,290, kematian 27

BANGKOK 11 Jun – Thailand merekodkan 2,290 kes baharu Covid-19 dengan 27 kematian menjadikan jumlah kumulatif 189,828 kes dan 1,402 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan, daripada jumlah kes itu, sebanyak 1,996 adalah kes dalam masyarakat termasuk 30 kes import manakala 294 lagi kes di penjara.

Sejak gelombang ketiga April lalu, sebanyak 160,965 kes dilaporkan di mana 117,572 sembuh dan sejak pandemik bermula awal tahun lepas, sebanyak 189,828 kes direkodkan.

Kes kematian gelombang ketiga pula 1,308 dan 1,402 sejak pandemik bermula.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 memaklumkan, 27 kematian adalah mereka yang berusia 48-94 years.

Sebanyak 17 kematian direkodkan di Bangkok, dua masing-masing di Pathum Thani dan Samut Sakhon, dan setiap satu kes Samut Prakan, Kanchanaburi, Kamphaeng Phet, Chai Nat, Ratchaburi dan Saraburi.

Sebanyak 78 kluster direkodkan termasuk tiga yang baharu iaitu 59 kes di kem Worasit, kawasan pembinaan di daerah Laksi, 20 kes berkaitan pasar Soi Lalai Sap di daerah Bang Rak dian 37 kes kilang GPG Garment di daerah Phasicharoen .

Sementara itu sebanyak 30 kes import adalah ketibaan dari United Kingdom (1), Iran (1), Arab Saudi  (15 Thai), Indonesia (1), dan Kemboja (12).

Setakat inj, 43,428 orang menerima rawatan di hospitals, termasuk 1,287 pesakit kritikal dan 352 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment