Kes Filipina kini 1,300,349

MANILA 11 Jun – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Filipina kini meningkat kepada 1,300,349 kes setelah 6,686 lagi kes baharu dilaporkan setakat pukul 4 petang ini.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), sebanyak 3,190 kes pesakit sembuh dilaporkan dan membawa kepada 1,216,497 kes pesakit pulih atau 93.6 peratus.

Jumlah kematian juga meningkat apabila 196 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 22,507 orang.

Kes aktif pula sebanyak 61,345 orang atau 4.7 peratus.

Related posts

Leave a Comment