Peningkatan kes di Arab Saudi

RIYADH 9 Jun – Arab Saudi merekodkan 1,274 kes baharu hari ini sekaligus menunjukkan peningkatan berbanding 1,261 kes yang dilaporkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 15 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 461,241 manakala kematian pula mencecah 7,503 kes. Sebanyak 1,028 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih 443,810.. Sementara itu Makkah merekodkan kes harian tertinggi iaitu 437, diikuti Riyadh 277, daerah Timur 180, dan Madinah 90. Kes aktif pula menghampiri 10,000 kes iaitu 9,929 dan 1,565…

Read More

Indonesia tambah 7,725 kes baharu

JAKARTA 9 Jun – Jumlah kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat dengan pertambahan 7,725 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 1,877,050 dengan kes aktif bertambah sebanyak 1,672 yang membawa kepada 101,635. Bagi kes sembuh pula, jumlah kumulatif meningkat kepada 1,723,253 selepas 5,883 lagi pesakit sembuh manakala pesakit yang meninggal dunia pula sebanyak 170 dengan kumulatifnya mencapai 52,162 kematian. Sementara itu, terdapat lima provinsi menambah pesakit sembuh harian tertinggi iaitu Jakarta 1,112 dan kumulatifnya 419,031, Jawa Tengah 940 (185,239), Jawa Barat 850 (298,044), Riau 646 (57,843), serta Kepulauan Riau 430 (14,608).…

Read More

4 kes terendah di Singapura

SINGAPURA 9 Jun – Empat kes direkodkan hari ini yang meliputi dua kes tempatan dan dua kes import, jumlah kes harian Covid-19 paling rendah di Singapura sejak 23 Februari apabila merekodkan empat kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini 62,223 sejak pandemik bermula tahun lalu. Dalam kenyataannya, MoH memaklumkan satu kes tiada kaitan dengan kes terdahulu manakala baki satu lagi kes berkait dengan kes sebelum ini dan sudah dikuarantin. Tiada kes baharu dilaporkan di asrama pekerja asing. Sementara itu, dua kes import dikenal pasti dan sudah…

Read More

Kes baharu melonjak 6,239

PUTRAJAYA 9 Jun – Kes baharu Covid-19 di negara ini kembali melonjak selepas merekodkan 6,239 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu. Semalam Malaysia merekodkan 5,566 kes, menyaksikan trend penurunan beberapa hari sebelum kes meningkat semula hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 633,891 Daripada 6,239 kes, sebanyak 6,228 adalah kes tempatan melibatkan 5,377 warganegara dan 851 bukan warganegara manakala 11 lagi kes import melibatkan tujuh warganegara dan empat bukan warganegara. Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 548,705 termasuk 7,386 kes sembuh baharu yang direkodkan. Kes kematian…

Read More

Filipina catat 5,462 kes baharu

MANILA 9 Jun – Setakat pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan mencatatkan 5,462 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di Filipina meningkat kepada 1,286,217. Bagi tempoh yang sama, jumlah pesakit yang sembuh meningkat kepada 1,210,027 orang atau 94.1 peratus termasuk kes pulih yang dilaporkan hari ini sebanyak 7,854. Jumlah kematian pula meningkat kepada 22,190 orang apabila 126 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia. Sementara itu jumlah kes aktif pula kini 54,000 atau 4.2 peratus.

Read More

Vaksin ke Selangor dipertingkat

PUTRAJAYA 9 Jun – Selepas Sultan Selangor menzahirkan rasa kecewa,  vaksin Covid-19 ke negeri Selangor akan dipertingkatkan dalam masa terdekat selain membuka lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV), kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Menurut Khairy, keputusan itu dicapai hasil perbincangan dengan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) yang mengakui populasi golongan dewasa di negeri Selangor sangat tinggi berbanding negeri-negeri lain. Semalam, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, keutamaan dalam agihan vaksin seharusnya diberikan kepada negeri ini memandangkan Selangor adalah penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. Baginda…

Read More

Covid-19: Raja-Raja bincang 16 Jun

KUALA LUMPUR 9 Jun – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menganjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada 16 Jun ini. Menurut kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadli Shamsuddin hari ini, Yang di-Pertuan Agong berkenan menganjurkan sesi perbincangan itu di Istana Negara, di ibu negara. “Perbincangan khas ini berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak Covid-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat,” kata kenyataan itu. Ini adalah kali kedua perbincangan seumpama itu diadakan di Istana Negara sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan…

Read More

Selangor tambah kes baharu

PUTRAJAYA  9 Jun  – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 meningkat semula dengan kebanyakan negeri menambah kes sekaligus menyumbang kepada peningkatan kes hari ini iaitu sebanyak 6,239 berbanding 5,566 semalam. Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,291 berbanding 1,524 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 207,335. Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mencatatkan 704 kes berbanding 466 semalam, Negeri Sembilan 507 (505), Johor 468 (456) dan Sarawak pula turun kepada  419 berbanding 707 semalam. Kelantan merekodkan 340 (204), Sabah 232 (350), Pahang 232 (157), Wilayah Persekutuan Labuan 200 (191), Pulau Pinang…

Read More

2,680 kes baharu di Thailand

BANGKOK 9 Jun – Sebanyak 2,680 kes baharu Covid-19 dan 35 kematian akibat pandemik itu dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan 185,228 kes dan 1,332 orang meninggal dunia. Daripada jumlah 2,680 kes baharu itu, sebanyak 2,400 adalah melibatkan kes dalam kalangan orang awam termasuk 11 import dan 280 kes di penjara. Bangkok merekodkan kes tertinggi dengan 1,096, Samut Prakan 491, Nonthaburi 132, Prachuap Khiri Khan 91, Pathun Thani 61, Samut Sakhon 42, Chonburi 40, Chachoengsao 37, Ayutthaya 35 dan Ratchaburi 34. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 4,253 pesakit…

Read More

Al-Quran : Hayati ajaran tersurat, tersirat

BERAKAS 9 Jun – Generasi muda yang akan menerajui pembangunan negara khasnya dan seluruh masyarakat amnya perlu menghayati ajaran yang tersurat dan rahsia yang tersirat di dalam al-Quran. Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkata, ini kerana al-Quran menyentuh seluruh aspek kehidupan, rohani dan jasmani, mental dan fizikal serta hubungan di antara ‘haliq’ dan sesama insan. Katanya, umat Islam sepatutnya mengambil peranan yang lebih besar dalam membangun perpaduan umat sejagat, di samping menjadi sumber inspirasi serta pencetus kepada inovasi tamadun dan kesaksamaan…

Read More