Peningkatan kes di Arab Saudi

RIYADH 9 Jun – Arab Saudi merekodkan 1,274 kes baharu hari ini sekaligus menunjukkan peningkatan berbanding 1,261 kes yang dilaporkan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 15 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 461,241 manakala kematian pula mencecah 7,503 kes.

Sebanyak 1,028 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih 443,810..

Sementara itu Makkah merekodkan kes harian tertinggi iaitu 437, diikuti Riyadh 277, daerah Timur 180, dan Madinah 90.

Kes aktif pula menghampiri 10,000 kes iaitu 9,929 dan 1,565 daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment