Indonesia tambah 7,725 kes baharu

JAKARTA 9 Jun – Jumlah kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat dengan pertambahan 7,725 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 1,877,050 dengan kes aktif bertambah sebanyak 1,672 yang membawa kepada 101,635.

Bagi kes sembuh pula, jumlah kumulatif meningkat kepada 1,723,253 selepas 5,883 lagi pesakit sembuh manakala pesakit yang meninggal dunia pula sebanyak 170 dengan kumulatifnya mencapai 52,162 kematian.

Sementara itu, terdapat lima provinsi menambah pesakit sembuh harian tertinggi iaitu Jakarta 1,112 dan kumulatifnya 419,031, Jawa Tengah 940 (185,239), Jawa Barat 850 (298,044), Riau 646 (57,843), serta Kepulauan Riau 430 (14,608).

Jawa Barat pula merekodkan kes positif harian tertinggi dengan 1,562 kes dan

kumulatifnya 324,186, Jawa Tengah 1,457 (209,629), Jakarta 1.376 (438,463), Kepulauan Riau 407 (19,243) dan Riau 402 (64,205).

Selain itu, lima provinsi dengan angka kematian tertinggi harian adalah Jawa Timur 33 kes dan kumulatifnya 11,572, Kepulauan Riau 17 (404), Jawa Tengah 15 (9,464),  Jakarta 14 (7,347) serta Riau 14 (1,722). 

Bagi program vaksinasi, sebanyak 18,718,769 telah menerima suntikan vaksin termasuk 458,287 penerima vaksin harian manakala penerima vaksinasi kedua meningkat kepada 11,436,259 orang.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memuji komitmen Indonesia untuk mempercepat dan mengoptimumkan program vaksinasi nasionalnya sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan pandemik Covid-19.

Menurut Pegawai Imunisasi WHO untuk Indonesia, Olivi Silalahi, Indonesia adalah antara negara dengan program vaksinasi yang berjaya.

Silahi dipetik Agensi Berita Antara sebagai berkata Indonesia berada di tangga kedua dalam kalangan negara-negara dengan paling ramai penduduk di dunia yang telah memberi vaksin Covid-19 kepada warganegaranya.

Related posts

Leave a Comment