Arab Saudi kembali kepada 4 digit

RIYADH 7 Jun – Tiga digit hanya mampu bertahan seketika apabila jumlah kes harian kembali kepada empat digit, 1,161 kes berbanding 984 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 458,707. Jumlah kematian pula tidak banyak berubah iaitu 15 kematian berbanding hari-hari sebelumnya 16 kes menjadikan jumlah keseluruhan 7,471 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,216 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 441,860. Makkah merekodkan kes harian tertinggi dengan 438 kes, diikuti Riyadh 204, Timur 178 dan Madinah 81. Jumlah kes aktif yang sedang dirawat pula adalah 9,376 dan…

Read More

Kes baharu di India 100,636

NEW DELHI 7 Jun – India mencatatkan 100,636 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, kes harian terendah sejak dua bulan kebelakangan ini. Jumlah keseluruhan kes sebanyak 29 juta manakala 349,186 meninggal dunia dengan pertambahan 2,427 lagi kematian. New Delhi dijadual akan mula melonggarkan sekatan Covid-19 pada Isnin. Perkhidmatan kereta api bawah tanah akan beroperasi dengan kapasiti 50 peratus penumpang dan kedai akan dibuka secara berperingkat. New Delhi dikenakan kawalan pergerakan diperketatkan sejak 19 April untuk membendung gelombang kedua wabak. Sementara itu,All India Institute of Medical Sciences (AIIMS) akan menjalankan…

Read More

6,993 kes baharu Indonesia, 191 maut

JAKARTA 7 Jun – Kes harian jangkitan Covid-19 mengatasi jumlah pesakit sembuh apabila angka jangkitan yang direkodkan sebanyak 6,993 manakala 5,594 orang dilaporkan pulih. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh meningkat kepada 1,711,565 orang sementara jumlah kes positif 1,863,031 orang. Jumlah kes aktif pula bertambah sebanyak 1,298 menjadikan jumlah kumulatif 99,663 sementara kes kematian pula meningkat kepada 51,803 termasuk 191 kematian yang dilaporkan hari ini. Lima wilayah merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Tengah yang mencatatkan 1,221 kes dan kumulatifnya 183,615 diikuti Jawa Barat 974 (296,168), Jakarta 841 (416,971),…

Read More

5 tempatan 9 import di Singapura

SINGAPURA 7 Jun – Sebanyak 14 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini yang melibatkan lima kes dalam masyarakat dan sembilan kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 62,210 dengan 33 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, semua kes dalam masyarakat ada kaitan dengan kes sebelum ini dan sudah dikuarantin. Sementara itu semua sembilan kes import sudah dikenakan notis jangan keluar rumah sebaik tiba di Singapura. Lima daripadanya merupakan warga Singapura atau penduduk tetap yang baru pulang.

Read More

Malaysia catat 5,271 kes baharu

PUTRAJAYA 7 Jun – Malaysia mencatatkan 82 kematian dan 5,271 kes harian baharu Covid-19 menjadikan 3,460 orang telah meninggal dunia manakala jumlah keseluruhan kes jangkitan sebanyak 622,086. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 80 kematian melibatkan warganegara dan dua bukan warganegara. Selangor merekodkan kematian tertinggi iaitu 23, diikuti 17 di Johor, 11 di Negeri Sembilan, lapan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima di Kedah, masing-masing empat di Sarawak, Perak, dan Kelantan, dua di Wilayah Persekutuan Labuan, serta masing-masing satu di Sabah, Melaka, Terengganu, dan Pulau Pinang. Bagi kes jangkitan pula…

Read More

6,539 kes positif di Filipina

MANILA 7 Jun – Setakat pukul 4 petang hari ini, Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 6,539 kes tambahan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,276,004 kes. Bagi tempoh yang sama jumlah pesakit sembuh mengatasi kes positif dengan merekodkan 6,969 kes menjadikan 1,195,181 orang telah pulih atau 93.7 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kematian pula meningkat kepada 21,969 orang apabila 71 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia. Kes aktif pula 58,854 atau 4.6 peratus.

Read More

2,419 kes, 33 maut di Thailand

BANGKOK 7 Jun – Thailand merekodkan 33 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,269 kematian. Pada masa yang sama, sebanyak 2,419 kes baharu Covid-19 dilaporkan yang melibatkan 2,328 kes dalam masyarakat termasuk 32 kes import dan 91 di penjara. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan meningkat kepada 179,886 kes Bangkok merekodkan kes tertinggi sebanyak 943 kes, Samut Prakan 321, Phetchaburi 265, Trang 106, Samut Sakhon 92, Nonthaburi 86, Prathum Thani 57, Chonburi 53, Prachuap Khiri Khan 45 dan Nakhon Pathom 41. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi…

Read More

Kes harian berkurangan

PUTRAJAYA 7 Jun – Selangor terus menjadi penyumbang tertinggi kes jangkitan harian Covid-19 dengan mencatatkan 1,374 kes yang menjadikan jumlah keseluruhan kes harian hari ini 5,271. Walaupun menjadi penyumbang terbesar, Selangor menunjukkan penurunan kes berbanding 2,178 kes semalam dan jumlah keseluruhan di negeri itu kini 203,520. Sarawak mencatatkan kenaikan iaitu 703 kes berbanding 600 semalam diikuti Negeri Sembilan 571 (556), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 455 (415), Kelantan 341 (270), Sabah 336 (305), Kedah 194 (125) dan Perak 177 (174), Mencatatkan penurunan adalah Johor 355 (565), Wilayah Persekutuan Labuan 209 (212),…

Read More

Kes keracunan makanan turun

PUTRAJAYA 7 Jun – Jumlah kes keracunan makanan di negara ini tahun lepas menunjukkan penurunan sebanyak 44.2 peratus iaitu daripada 516 kes kepada 288 kes berbanding tempoh sama pada tahun 2019. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata walaupun masih terkawal, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan memandang serius isu berkaitan soal keselamatan dan kebersihan makanan. Katanya walaupun negara sedang dilanda pandemik Covid-19, KKM tetap memastikan aktiviti pemantauan dan tindakan penguatkuasaan sentiasa dijalankan. Beliau berkata demikian dalam kenyataan media sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia yang disambut…

Read More

1,130,301 lengkapkan dua dos

PUTRAJAYA 7 Jun – Seramai 1,130,301 individu melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 di negara ini setakat semalam manakala 2,444,075 individu menerima dos pertama. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini ialah 3,574,376 dos. Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menerusi akaun Twitternya hari ini berkata lima negeri yang melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor 145,972 dos diikuti Sarawak (119,421); Perak (105,546); Kuala Lumpur (101,822); dan Johor (98,429). Setakat semalam, 52.4 peratus atau 12,708,357 individu mendaftar untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi iaitu…

Read More