1,130,301 lengkapkan dua dos

PUTRAJAYA 7 Jun – Seramai 1,130,301 individu melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 di negara ini setakat semalam manakala 2,444,075 individu menerima dos pertama.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini ialah 3,574,376 dos.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menerusi akaun Twitternya hari ini berkata lima negeri yang melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor 145,972 dos diikuti Sarawak (119,421); Perak (105,546); Kuala Lumpur (101,822); dan Johor (98,429).

Setakat semalam, 52.4 peratus atau 12,708,357 individu mendaftar untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 3,357,323 orang.

Mengikut perancangan, fasa kedua program itu yang bermula April hingga Ogos ini akan melibatkan pemvaksinan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya.

Fasa ketiga bermula bulan lepas hingga Februari 2022 pula melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

Related posts

Leave a Comment