5 tempatan 9 import di Singapura

SINGAPURA 7 Jun – Sebanyak 14 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini yang melibatkan lima kes dalam masyarakat dan sembilan kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 62,210 dengan 33 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan, semua kes dalam masyarakat ada kaitan dengan kes sebelum ini dan sudah dikuarantin.

Sementara itu semua sembilan kes import sudah dikenakan notis jangan keluar rumah sebaik tiba di Singapura.

Lima daripadanya merupakan warga Singapura atau penduduk tetap yang baru pulang.

Related posts

Leave a Comment