Malaysia catat 5,271 kes baharu

PUTRAJAYA 7 Jun – Malaysia mencatatkan 82 kematian dan 5,271 kes harian baharu Covid-19 menjadikan 3,460 orang telah meninggal dunia manakala jumlah keseluruhan kes jangkitan sebanyak 622,086.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 80 kematian melibatkan warganegara dan dua bukan warganegara.

Selangor merekodkan kematian tertinggi iaitu 23, diikuti 17 di Johor, 11 di Negeri Sembilan, lapan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima di Kedah, masing-masing empat di Sarawak, Perak, dan Kelantan, dua di Wilayah Persekutuan Labuan, serta masing-masing satu di Sabah, Melaka, Terengganu, dan Pulau Pinang.

Bagi kes jangkitan pula daripada 5,271 kes, sebanyak 14 adalah kes import (empat warganegara, 10 bukan warganegara) manakala daripada 5,257 kes tempatan itu melibatkan 4,763 warganegara dan 494 bukan warganegara.

Kes sembuh pula sebanyak 7,548 kes menjadikan jumlah kumulatif 534,357 kes sementara kes aktif sebanyak 84,269 kes.

Sebanyak 902 kes mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 447  memerlukan bantuan pernafasan.

Setakat ini 2,361 kluster dilaporkan, di mana 23 kluster baharu dilaporkan, 1,635 kluster tamat dan 726 kluster aktif.

Related posts

Leave a Comment