Arab Saudi kembali kepada 4 digit

RIYADH 7 Jun – Tiga digit hanya mampu bertahan seketika apabila jumlah kes harian kembali kepada empat digit, 1,161 kes berbanding 984 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 458,707.

Jumlah kematian pula tidak banyak berubah iaitu 15 kematian berbanding hari-hari sebelumnya 16 kes menjadikan jumlah keseluruhan 7,471 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,216 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 441,860.

Makkah merekodkan kes harian tertinggi dengan 438 kes, diikuti Riyadh 204, Timur 178 dan Madinah 81.

Jumlah kes aktif yang sedang dirawat pula adalah 9,376 dan 1,579 dalam keadaan kritikal.

Sementara itu lebih 15 juta dos vaksin sudah diagihkan kepada 587 pusat vaksin di seluruh negara itu.

Related posts

Leave a Comment