Kes baharu di India 100,636

NEW DELHI 7 Jun – India mencatatkan 100,636 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, kes harian terendah sejak dua bulan kebelakangan ini.

Jumlah keseluruhan kes sebanyak 29 juta manakala 349,186 meninggal dunia dengan pertambahan 2,427 lagi kematian.

New Delhi dijadual akan mula melonggarkan sekatan Covid-19 pada Isnin.

Perkhidmatan kereta api bawah tanah akan beroperasi dengan kapasiti 50 peratus penumpang dan kedai akan dibuka secara berperingkat.

New Delhi dikenakan kawalan pergerakan diperketatkan sejak 19 April untuk membendung gelombang kedua wabak.

Sementara itu,All India Institute of Medical Sciences (AIIMS) akan menjalankan saringan kesihatan terhadap kanak-kanak di New Delhi untuk ujian klinikal vaksin Covid-19 keluaran Bharat Biotech.

Baru-baru ini AIIMS di bandar raya Patna telah memulakan ujian klinikal ke atas kanak-kanak berusia antara 12 hingga 18 tahun.

Pakar memberi amaran gelombang ketiga diramal boleh memberi kesan besar kepada kanak-kanak.

Related posts

Leave a Comment