Kes harian berkurangan

PUTRAJAYA 7 Jun – Selangor terus menjadi penyumbang tertinggi kes jangkitan harian Covid-19 dengan mencatatkan 1,374 kes yang menjadikan jumlah keseluruhan kes harian hari ini 5,271.

Walaupun menjadi penyumbang terbesar, Selangor menunjukkan penurunan kes berbanding 2,178 kes semalam dan jumlah keseluruhan di negeri itu kini 203,520.

Sarawak mencatatkan kenaikan iaitu 703 kes berbanding 600 semalam diikuti Negeri Sembilan 571 (556), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 455 (415), Kelantan 341 (270), Sabah 336 (305), Kedah 194 (125) dan Perak 177 (174),

Mencatatkan penurunan adalah Johor 355 (565), Wilayah Persekutuan Labuan 209 (212), Melaka 178 (225), Pulau Pinang 153 (271), Terengganu 117 (158), Pahang 99 (155), Wilayah Persekutuan Putrajaya 8 (30) dan Perlis 1 (2).

Related posts

Leave a Comment