6,993 kes baharu Indonesia, 191 maut

JAKARTA 7 Jun – Kes harian jangkitan Covid-19 mengatasi jumlah pesakit sembuh apabila angka jangkitan yang direkodkan sebanyak 6,993 manakala 5,594 orang dilaporkan pulih.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh meningkat kepada 1,711,565 orang sementara jumlah kes positif 1,863,031 orang.

Jumlah kes aktif pula bertambah sebanyak 1,298 menjadikan jumlah kumulatif 99,663 sementara kes kematian pula meningkat kepada 51,803 termasuk 191 kematian yang dilaporkan hari ini.

Lima wilayah merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Tengah yang mencatatkan 1,221 kes dan kumulatifnya 183,615 diikuti Jawa Barat 974 (296,168), Jakarta 841 (416,971), Riau 561 (56,559) dan Bangka Belitung 236 (17,525).

Bagi kes positif harian, Jawa Barat menambah 1,790 dan kumulatifnya 321,551 diikuti Jawa Tengah 1,451 (206,683), Jakarta 1,197 (436,332),  Riau 313 (63,458) serta Jawa Timur 301 (156,627).

Jawa Tengah pula merekodkan 28 kematian menjadikan jumlah kumulatif 9,416, diikuti Jawa Timur 27 (11,505), Jawa Barat 22 (4,334), Riau 22 (1,695) dan Jakarta menambah 20 kes dan kumulatifnya 7.313.

Sementara itu, 132,315 orang mendapat suntikan vaksin hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 17,775,918 orang sudah divaksinasi di mana 11,197,069 melengkapkan dua dos suntikan.

Related posts

Leave a Comment