Malaysia dahului kes

MALAYSIA mendahului negara anggota ASEAN lain merekodkan kes harian  tertinggi iaitu 7,748 dengan jumlah keseluruhan kes 603,122. Filipina pula di tempat kedua dengan 7,450 dan jumlah keseluruhan 1,255,337, Indonesia dengan 6,486 dan jumlah keseluruhan 1,843, 612. Ini bermakna Indonesia, Filipina dan Malaysia mendahului negara-negara lain merekodkan kes tertinggi, Bagi kematian, Indonesia mendahului dengan 201, Filipina 181 dan Malaysia 86. Indonesia juga mendahului kes aktif dengan 94,773 ,Malaysia 84,369 dan Filipina 60,794.

Read More

1,201 kes baharu Arab Saudi

RIYADH 4 Jun – Arab Saudi merekodkan 1,201 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 455,418 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 16 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada 7,424 orang meninggal dunia. Sebanyak 1,322 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan sembuh meningkat kepada 438,206. Makkah merekodkan 370 kes diikuti Riyadh 294, daerah Timur 167, dan Madinah 92. Terdapat 9,788 kes aktif dan 1,528 dalam keadaan kritikal.

Read More

13 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 4 Jun – Selepas merekodkan kes harian tertinggi semalam iaitu dengan 45 jangkitan, Singapura hari ini melaporkan 13 kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan 62,148 kes. Daripada jumlah itu, tujuh jangkitan baharu dalam masyarakat direkodkan, jumlah paling rendah sejak tiga minggu lalu. Menurut Kementerian Kesihatan, dua daripadanya tidak berkait dengan mana-mana kes yang dilaporkan sebelum ini. Lagi lima kes dikaitkan dengan jangkitan terdahulu dan kesemuanya sudah dikuarantin. Jumlah kes baharu dalam masyarakat itu adalah yang paling rendah dicatatkan sejak 10 Mei, di mana tiga jangkitan dilaporkan. Sejak itu,…

Read More

Jumlah kes Malaysia 603,122

PUTRAJAYA 4 Jun – Kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 hari ini menunjukkan penurunan tetapi angkanya  tinggi malahan jumlah keseluruhan kes kini melepasi 600,000. Sebanyak 7,748 kes jangkitan direkodkan berbanding semalam 8,209 sementara kematian pula 86 orang berbanding 103 orang semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 603,122 orang manakala kematian pula 3,182. Kes kematian hari ini  melibatkan 20 kes di Selangor, 14 di Johor, 13 di Negeri Sembilan, tujuh di Wilayah  Persekutuan Kuala Lumpur, lima di Sarawak, empat  di Kedah, masing-masing tiga kes di Sabah, Melaka, Pahang, Perak, Wilayah Persekutuan Labuan, dan…

Read More

Brunei kekal 244 kes, 3 kematian

BANDAR SERI BEGAWAN 4 Jun. – Kementerian Kesihatan melaporkan tiada kes baharu direkodkan di Brunei Darussalam setakat semalam dan jumlah kes kekal 244 orang dengan tiga kematian. Bagaimanapun lapan kes aktif masih menjalani rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan dan dua kes disahkan sembuh semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini 233 orang. Kementerian juga memaklumkan bahawa setakat semalam, Brunei Darussalam mencatatkan 393 hari kes sifar, iaitu bagi kes terakhir jangkitan tempatan Covid-19 sejak laporan terakhir dicatatkan, pada 6 Mei 2020. Dalam pada itu, sebanyak 103 kes import dicatatkan, iaitu…

Read More

Filipina catat 181 kematian

MANILA 4 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) mencatatkan 7,450 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,255,337 kes. Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 181 pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada peningkatan kematian setakat ini sebanyak 21,537 orang. Bagi tempoh yang sama, jumlah pesakit yang dilaporkan sembuh meningkat kepada  1,173,006  atau 93.4 peratus termasuk 2,382 orang yang dilaporkan sembuh hari ini. Kes aktis pula 60,794 orang atau 4.8 peratus.

Read More

Thailand catat 2,631 kes baharu

BANGKOK 4 Jun – Sebanyak 31 kematian akibat Covid-19 dan 2,631 kes baharu direkodkan Thailand hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,177 kematian dan 143,116 kes jangkitan. Daripada jumlah kes harian itu,  2,442 melibatkan masyarakat awam termasuk 51 kes import dan 189 lagi kes di penjara. Dalam tempoh 24 jam, 2,493 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 120,697 orang sembuh. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kes kematian melibatkan mereka yang berumur antara 17-97 tahun, 16 lelaki dan 15 wanita. Sebanyak 20 kematian dilaporkan di Bangkok, empat…

Read More

Haji: Malaysia masih menanti

KUALA LUMPUR 4 Jun – Malaysia masih menunggu pengumuman rasmi mengenai status ibadah haji tahun ini walaupun negara jiran Singapura dan Indonesia memutuskan tidak akan menghantar jemaah berikutan pandemik Covid-19. Justeru Lembaga Tabung Haji (TH) menasihati bakal haji Malaysia agar bersabar. Pengarah Eksekutif Haji TH Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, TH akan memaklumkan mengenai perkara itu kepada semua bakal haji, sebaik memperoleh keputusan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi, meliputi jumlah kuota jemaah haji negara, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaan ibadah haji bagi musim ini. Menurutnya TH telah memulakan persiapan…

Read More

Selangor turun, masih mendahului

PUTRAJAYA 4 Jun – Selangor kekal menjadi negeri penyumbang kes harian tertinggi dengan merekodkan 2,612 daripada kes keseluruhan yang direkodkan hari ini sebanyak 7,748. Bagaimanapun kes harian Selangor hari ini berkurangan berbanding 3,125 yang direkodkan semalam dan jumlah keseluruhan negeri itu 197,459. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula merekodkan peningkatan kes dengan 851 berbanding 801 semalam , Negeri Sembilan 709 (576) dan Sarawak 706 (594). Johor pula menunjukkan penurunan apabila merekodkan 446 kes berbanding 752 yang dicatatkan semalam. Pulau Pinang mencatatkan 376 kes (303), Perak 371 (384), Sabah 287 (203), Kelantan 286…

Read More