Selangor turun, masih mendahului

PUTRAJAYA 4 Jun – Selangor kekal menjadi negeri penyumbang kes harian tertinggi dengan merekodkan 2,612 daripada kes keseluruhan yang direkodkan hari ini sebanyak 7,748.

Bagaimanapun kes harian Selangor hari ini berkurangan berbanding 3,125 yang direkodkan semalam dan jumlah keseluruhan negeri itu 197,459.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula merekodkan peningkatan kes dengan 851 berbanding 801 semalam , Negeri Sembilan 709 (576) dan Sarawak 706 (594).

Johor pula menunjukkan penurunan apabila merekodkan 446 kes berbanding 752 yang dicatatkan semalam.

Pulau Pinang mencatatkan 376 kes (303), Perak 371 (384), Sabah 287 (203), Kelantan 286 (414), Kedah 263 (373), Melaka 234 (322), WP Labuan 230 (62), Terengganu – 203 (127), Pahang 146 (135), WP Putrajaya 20 (33) dan Perlis

Related posts

Leave a Comment