Brunei kekal 244 kes, 3 kematian

BANDAR SERI BEGAWAN 4 Jun. – Kementerian Kesihatan melaporkan tiada kes baharu direkodkan di Brunei Darussalam setakat semalam dan jumlah kes kekal 244 orang dengan tiga kematian.

Bagaimanapun lapan kes aktif masih menjalani rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan dan dua kes disahkan sembuh semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini 233 orang.

Kementerian juga memaklumkan bahawa setakat semalam, Brunei Darussalam mencatatkan 393 hari kes sifar, iaitu bagi kes terakhir jangkitan tempatan Covid-19 sejak laporan terakhir dicatatkan, pada 6 Mei 2020.

Dalam pada itu, sebanyak 103 kes import dicatatkan, iaitu sejak kes terakhir jangkitan tempatan berkenaan dilaporkan.

Kementerian turut memaklumkan mengenai seramai 517 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, sementara seramai 19,413 orang menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Related posts

Leave a Comment