Filipina catat 181 kematian

MANILA 4 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) mencatatkan 7,450 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,255,337 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 181 pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada peningkatan kematian setakat ini sebanyak 21,537 orang.

Bagi tempoh yang sama, jumlah pesakit yang dilaporkan sembuh meningkat kepada  1,173,006  atau 93.4 peratus termasuk 2,382 orang yang dilaporkan sembuh hari ini.

Kes aktis pula 60,794 orang atau 4.8 peratus.

Related posts

Leave a Comment