Thailand catat 2,631 kes baharu

BANGKOK 4 Jun – Sebanyak 31 kematian akibat Covid-19 dan 2,631 kes baharu direkodkan Thailand hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,177 kematian dan 143,116 kes jangkitan.

Daripada jumlah kes harian itu,  2,442 melibatkan masyarakat awam termasuk 51 kes import dan 189 lagi kes di penjara.

Dalam tempoh 24 jam, 2,493 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 120,697 orang sembuh.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kes kematian melibatkan mereka yang berumur antara 17-97 tahun, 16 lelaki dan 15 wanita.

Sebanyak 20 kematian dilaporkan di Bangkok, empat di Samut Prakan, dua di Chiang Mai dan masing-masing satu di Kamphaeng Phet, Chanthaburi, Nakhon Pathom, Roi Et and Uthai Thani.

Bangkok merekodkan kes harian tertinggi iaitu 824, diikuti Pathum Thani 460,

Samut Prakan (202), Phetchaburi 198, Nonthaburi 153, Chon Buri 101, Samut Sakhon 73, Songkhla 41, Nakhon Pathom 36 dan Trang 34.

Setakat ini Bangkok merekodkan 52 kluster di 32 daerah termasuk dua yang baharu iaitu kem pekerja di daerah Chatuchak dan komuniti Hua Pa di daerah Suan Luang.

Sebanyak 51 kes import melibatkan ketibaan dari Ivory Coast (1), Equatorial Guinea (1), Sudan (1), Mesir (2), Emiriyah Arab Bersatu (2), Kemboja (37)

Malaysia (6) dan Myanmar (1).

Sebanyak 120,697 kes sembuh dilaporkan termasuk 2,493 yang pulih hari ini manakala 50,105 pesakit masih di hospital termasuk 1,182 yang kritikal dan 376 yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment