Jumlah kes Malaysia 603,122

PUTRAJAYA 4 Jun – Kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 hari ini menunjukkan penurunan tetapi angkanya  tinggi malahan jumlah keseluruhan kes kini melepasi 600,000.

Sebanyak 7,748 kes jangkitan direkodkan berbanding semalam 8,209 sementara kematian pula 86 orang berbanding 103 orang semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 603,122 orang manakala kematian pula 3,182.

Kes kematian hari ini  melibatkan 20 kes di Selangor, 14 di Johor, 13 di Negeri Sembilan, tujuh di Wilayah  Persekutuan Kuala Lumpur, lima di Sarawak, empat  di Kedah, masing-masing tiga kes di Sabah, Melaka, Pahang, Perak, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Pulau Pinang, masing-masing dua  di Kelantan dan Terengganu, serta satu di Perlis.


Kes sembuh pula meningkat kepada 515,571 orang termasuk 6,624 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini.

Sebanyak 883 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 459 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment