13 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 4 Jun – Selepas merekodkan kes harian tertinggi semalam iaitu dengan 45 jangkitan, Singapura hari ini melaporkan 13 kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan 62,148 kes.

Daripada jumlah itu, tujuh jangkitan baharu dalam masyarakat direkodkan, jumlah paling rendah sejak tiga minggu lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan, dua daripadanya tidak berkait dengan mana-mana kes yang dilaporkan sebelum ini.

Lagi lima kes dikaitkan dengan jangkitan terdahulu dan kesemuanya sudah dikuarantin.

Jumlah kes baharu dalam masyarakat itu adalah yang paling rendah dicatatkan sejak 10 Mei, di mana tiga jangkitan dilaporkan. Sejak itu, kes harian jangkitan dalam masyarakat kekal dua angka.

Enam kes import juga dilaporkan yang semuanya melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap yang baru pulang dan sudah dikenakan notis jangan keluar rumah setibanya di Singapura.

Related posts

Leave a Comment