India catat 211,298 kes baharu

INDIA pada 27 Mei mencatatkan 211,298 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, dengan jumlah jangkitan mencapai 27,369,093. Menurut Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga India,  jumlah kematian pula mencecah 315,235 orang, dengan 3,847 kematian baharu dicatatkan. Sehari sebelumnya, negara berkenaan mengesahkan terdapat 208,921 kes Covid-19 baharu dengan 4,157 kematian. India berada di kedudukan kedua daripada segi jumlah kes positif Covid-19 yang disahkan, selepas Amerika Syarikat dengan jumlah pesakit melebihi 33.19 juta orang. Sehingga kini, lebih 168.19 juta orang telah dijangkiti virus itu di seluruh dunia dan lebih 3.49 juta kematian dicatatkan.

Read More

1,183 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 27 Mei – Arab Saudi hari ini merekodkan 1,183 kes baharu Covid-19 berbanding 1,320 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 445,963 kes. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, kes kematian yang dilaporkan adalah sebanyak 14 orang menjadikan jumlah kumulatif 7,309. Dalam tempoh 24 jam juga, kementerian merekodkan 1,040 kes pesakit sembuh dari jangkitan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 428,502. Sementara itu Riyadh mencatatkan kes harian tertinggi dengan 342 kes diikuti Makkah 317, daerah Timur 160, dan Madinah 77. Terdapat 10,152 kes aktif di mana 1,353 dalam keadaan kritikal..

Read More

Singapura tidak hantar jemaah haji

SINGAPURA 27 Mei –  Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengambil ketetapan menangguhkan penghantaran jemaah haji ke Tanah Suci Makkah tahun ini berikutan keadaan pandemik Covid-19 yang “berubah-rubah” sekarang. Tahun lepas, Singapura antara negara terawal yang mengumumkan tidak menghantar jemaah walaupun ketika itu Arab Saudi belum memutuskan sama ada ibadah itu terbuka atau tidak untuk jemaah luar negara. Dalam kenyataan medianya, MUIS akan membantu dalam peruntukan tempat bagi 900 jemaah haji yang terjejas tahun ini ke tahun hadapan, tertakluk kepada syarat-syarat pihak berkuasa Arab Saudi dan Singapura serta keadaan pandemik ketika…

Read More

Kes di Filipina 1,200,430

MANILA 27 Mei – Kes jangkitan Covid-19 di Filipina kini mencecah 1,200,430 termasuk 6,483 kes baharu yang direkodkan hari ini. Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 4,335 kes pesakit sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,131,942 atau 94.3 peratus Kes kematian pula menunjukkan peningkatan apabila 210 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 20,379 orang. Sementara itu kes aktif pula 48,109 atau 4.0 peratus.

Read More

Kematian tertinggi di Thailand

BANGKOK 27 Mei – Thailand merekodkan kematian harian tertinggi akibat Covid-19  dengan 47 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 920 sejak pandemik itu bermula Januari tahun lalu. Sebelum ini kes kematian tertinggi adalah 41 yang direkodkan semalam manakala kes jangkitan pula meningkat kepada 141,217 kes termasuk 3,323 yang direkodkan hari ini iaitu 3,302 kes jangkitan tempatan termasuk 1,219 melibatkan kes dinpenjara dan 21 kes import. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kematian baharu itu melibatkan 26 lelaki dan 21 wanita berusia antara 26 dan 87 tahun yang melibatkan 26 orang di…

Read More

PKP seluruh Sarawak 29 Mei – 11 Jun

KUCHING 27 Mei – Seluruh negeri Sarawak diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai Sabtu ini hingga 11 Jun, kata Timbalan Ketua Menteri Douglas Uggah Embas hari ini. Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira situasi semasa Covid-19 yang semakin meruncing  dan juga situasi fasiliti kesihatan yang kritikal serta varian yang membimbangkan (VOC) yang telah dikesan di Sarawak baru-baru ini. Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata tindakan yang lebih drastik perlu untuk mengawal jangkitan Covid-19 sekarang, sebelum Sarawak berada dalam situasi yang lebih parah. Menurutnya Sarawak telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan…

Read More

AZ kembali kepada MySejahtera

PUTRAJAYA 27 Mei – Kerajaan memutuskan untuk kembali memasukkan AstraZeneca dalam senarai vaksin arus perdana Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Sehubungan itu, kaedah pemberian vaksin AstraZeneca tidak lagi diteruskan secara sukarela, sebaliknya ditetapkan menerusi aplikasi MySejahtera dalam tempoh akan datang. Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin, berkata masyarakat kini sudah tidak lagi meragui vaksin AstraZeneca dan ia diterima baik dalam kalangan rakyat di negara ini. Selain itu, beliau berkata, pihaknya sedang melihat kemudahan untuk memilih jenis vaksin Covid-19 dikehendaki yang mungkin diberikan kepada orang ramai melalui MySejahtera yang akan dikemaskini dalam…

Read More

870 petugas kesihatan dijangkiti

PUTRAJAYA 27 Mei – Seramai 870 petugas kesihatan yang menerima suntikan vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, dikesan dijangkiti wabak Covid-19, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba. Beliau berkata, 219 petugas dijangkiti selepas mendapat satu dos vaksin, manakala 651 lagi dijangkiti selepas menerima dos kedua manakala 449 petugas kesihatan yang tidak menerima vaksin, telah dijangkiti Covid-19. “Kebanyakan mereka tidak menerima simptom yang teruk kerana mereka telah divaksinasi dan telah mendapatkan perlindungan, sama ada daripada dos pertama atau kedua,” katanya. Dalam sidang media maya hari ini, beliau berkata, kes Covid-19 dalam kategori empat dan…

Read More

Kluster tempat kerja penyumbang kes

PUTRAJAYA 27 Mei  – Kluster tempat kerja menjadi penyumbang tertinggi kes jangkitan Covid-19  selain kluster perayaan dan rentas negeri, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Melalui akaun Facebooknya, beliau berkata sehingga semalam, sebanyak 233 kluster tempat kerja yang masih aktif direkodkan melibatkan 16,785 kes aktif. Ini menurutnya menyumbang kepada 39 peratus daripada keseluruhan 593 kluster yang masih aktif dalam negara. Beliau memaklumkan terdapat pengurangan bilangan subkluster dilaporkan setiap minggu berbanding sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 pada 12 Mei lepas dengan beberapa sekatan dan penutupan sektor dilaksanakan, termasuk arahan bekerja dari rumah yang kemudiannya diperketatkan sejak Selasa lepas.…

Read More

Sejahterakan MySejahtera

NIAT awal yang baik akhirnya dikecam walaupun ‘matlamatnya’ sama ada yang tersurat atau tersirat sudah tercapai. Tidak semena-mena menteri muda kita Khairy Jamaluddin (KJ) terkena tempias kecaman sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui media sosial atau secara berdepan. Hilang sudah rasa hormat apabila ada yang marah-marahkan KJ yang masih turun padang melihat situasi vaksinasi. Itu tanggungjawab beliau apabila diamanahkan sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Bukan mudah menguruskan manusia. Mungkin semalam menjadi puncak ‘kemarahan’ apabila berlaku gangguan teknikal ketika pusingan kedua tempahan slot janji temu vaksin…

Read More