1,183 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 27 Mei – Arab Saudi hari ini merekodkan 1,183 kes baharu Covid-19 berbanding 1,320 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 445,963 kes.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, kes kematian yang dilaporkan adalah sebanyak 14 orang menjadikan jumlah kumulatif 7,309.

Dalam tempoh 24 jam juga, kementerian merekodkan 1,040 kes pesakit sembuh dari jangkitan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 428,502.

Sementara itu Riyadh mencatatkan kes harian tertinggi dengan 342 kes diikuti Makkah 317, daerah Timur 160, dan Madinah 77.

Terdapat 10,152 kes aktif di mana 1,353 dalam keadaan kritikal..

Related posts

Leave a Comment