India catat 211,298 kes baharu

INDIA pada 27 Mei mencatatkan 211,298 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, dengan jumlah jangkitan mencapai 27,369,093.

Menurut Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga India,  jumlah kematian pula mencecah 315,235 orang, dengan 3,847 kematian baharu dicatatkan.

Sehari sebelumnya, negara berkenaan mengesahkan terdapat 208,921 kes Covid-19 baharu dengan 4,157 kematian.

India berada di kedudukan kedua daripada segi jumlah kes positif Covid-19 yang disahkan, selepas Amerika Syarikat dengan jumlah pesakit melebihi 33.19 juta orang.

Sehingga kini, lebih 168.19 juta orang telah dijangkiti virus itu di seluruh dunia dan lebih 3.49 juta kematian dicatatkan.

Related posts

Leave a Comment