Indonesia tambah 5,060 kes baharu

JAKARTA 25 Mei – Indonesia menambah 5,060 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,786,187 kes manakala kes sembuh mencatatkan 1,642,074 termasuk kes sembuh yang direkodkan hari ini sebanyak 3,795. Kes kematian pula meningkat kepada 49,627 apabila 172 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia hari ini. Kes aktif atau pesakit yang masih memerlukan rawatan pula bertambah sebanyak 1,093 dengan jumlah keseluruhan 94,486. Sementara itu bagi program vaksinasi, setakat ini sebanyak 15,330,306 telah divaksin termasum 410,717 yang diberi suntikan hari ini manakala 10,125,480 telah mendapat dua dos suntikan. Sementara itu, lima provinsi yang…

Read More

30 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 25 Mei – Kes jangkitan Covid-19 di Singapura kini meningkat kepada 61,890 selepas 30 kes baharu iaitu 21 kes tempatan dan sembilan import dilaporkan hari ini. Sebanyak 18 kes dalam masyarakat dan tiga di asrama pekerja direkodkan di mana 15 kes jangkitan dalam masyarakat ada kaitan dengan kes sebelum ini. Menurut Kementerian Kesihatan, enam kes yang tiada kaitan dengan kes lain sebelum ini termasuklah lelaki warga Malaysia berusia 27 tahun yang bertugas sebagai pengurus di Hospital Besar Sengkang. Dua lagi kes berkait dengan kluster Jem/Westgate, adalah anggota keluarga kes…

Read More

Arab Saudi catat 1,389 kes baharu

JEDDAH 25 Mei – Kes jangkitan Covid-19 menunjukkan peningkatan hari ini apabila Kementerian Kesihatan Arab Saudi merekodkan 1,389 kes baharu berbanding 1,157 semalam. Inj menjadikan jumlah keseluruhan kes 443,460 sementara kes kematian pula meningkat kepada  7,278 apabila 14 lagi meninggal dunia. Kementerian juga melaporkan sebanyak 912 kes pulih dalam tempoh 24 jam sekaligus membawa kepada 426,589 orang sembuh. Makkah merekodkan 422 kes diikuti Riyadh 380, wilayah Timur 163 dan Madinah 105. Sebanyak 9,593 kes aktif di laporkan dan 1,348 masih aktif.

Read More

Kematian di Filipina kini 20,019

MANILA 25 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 3,972 kes baharu Covid-19 dengan jumlah pesakit yang meninggal dunia 36 orang. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat pukul 4 petang ini adalah 1,188,672 manakala kematian pula meningkat kepada 20,019 orang. DoH juga merekodkan 4,659 pesakit sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 1,120,452 atau 94.3 peratus. Kes aktif pula sebanyak 48,201 atau 4.1 peratus.

Read More

Thailand catat 3,226 kes baharu

BANGKOK  25 Mei – Thailand merekodkan 26 kematian dan 3,226 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 832 orang meninggal dunia dan 135,439 kes. Daripada jumlah itu 2,344 melibatkan masyarakat awam dan 882 kes di penjara. Setakat ini gelombang ketiga pandemik sejak 1 April lalu menyaksikan 106,576 kes dan 61,768 kes sembuh manakala 738 meninggal dunia dengan jumlah keseluruhan kematian kini 832 orang. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kes 26 kematian melibatkan 15 lelaki dan 11 wanita yang berumur antara 36 hingga 88;tahun Sebanyak 15 kematian dilaporkan di Bangkok,…

Read More

Solat Jumaat di Johor 12 orang

JOHOR BAHRU 25 Mei – Mulai esok hanya empat orang jemaah termasuk imam, bilal dan noja, dibenarkan menunaikan solat fardu di masjid, surau Jumaat serta surau kariah di Johor dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagi solat Jumaat pula hanya 12 jemaah dibenarkan iaitu dihadkan kepada ahli jawatankuasa pengurusan tidak termasuk imam, bilal dan noja. Pada masa yang sama jarak antara saf hendaklah diselangkan. Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi, Mufti Johor Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor…

Read More

7,289 kes harian tertinggi

PUTRAJAYA 25 Mei – Angka 6,976 yang direkodkan sebagai tertinggi pada 23 Mei lalu tidak bertahan lama apabila jumlah kes baharu hari ini mencecah 7,289 kes menjadikan jumlah keseluruhan kini 525,889. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah mereka yang sembuh hari ini adalah 3,789 dengan kumulatif sembuh 460,062 kes. Beliau juga memaklumkan terdapat 60 kematian hari ini, sekali gus menjadikan kumulatif kematian adalah 2,369 kes. Jumlah kes yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 726 kes manakala kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan adalah 373…

Read More

Kecuaian punca pertembungan LRT

KUALA LUMPUR 25 Mei – Siasatan awal kes pertembungan antara dua kereta api LRT di Kuala Lumpur menunjukkan kecuaian pemandu sebagai punca kemalangan, kata Menteri Pengangkutan  Wee Ka Siong hari ini. Pertembungan itu, yang berlaku berdekatan stesen KLCC menyebabkan lebih 210 penumpang cedera, dengan enam daripadanya dalam keadaan kritikal. “Siasatan awal menunjukkan kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pengendalinya yang memandu (kereta api) TR40 ke arah yang salah. Dia sedang memandu kereta api yang rosak itu ke depot. “TR40 itu sepatutnya menghala ke arah selatan ke Dang Wangi, tetapi sebaliknya ia…

Read More

KSU MOT ketuai jawatankuasa siasatan

PUTRAJAYA 25 Mei – Ketua Setiausaha, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) Isham Ishak mengetuai jawatankuasa siasatan susulan nahas melibatkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang bertembung  malam semalam. Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata jawatankuasa siasatan itu yang terdiri daripada kakitangan pelbagai agensi ditugaskan segera untuk mengumpul semua laporan siasatan sebelum dibentangkan sebagai laporan akhir. “Mereka perlu melengkapkan satu laporan dan dihantar kepada saya dalam tempoh 14 hari daripada kejadian semalam. “Ini bermaksud mereka cuma ada 13 hari untuk menyiapkan laporan akhir kepada saya sebelum saya mengangkatnya sebagai nota kepada jemaah…

Read More