Arab Saudi catat 1,389 kes baharu

JEDDAH 25 Mei – Kes jangkitan Covid-19 menunjukkan peningkatan hari ini apabila Kementerian Kesihatan Arab Saudi merekodkan 1,389 kes baharu berbanding 1,157 semalam.

Inj menjadikan jumlah keseluruhan kes 443,460 sementara kes kematian pula meningkat kepada  7,278 apabila 14 lagi meninggal dunia.

Kementerian juga melaporkan sebanyak 912 kes pulih dalam tempoh 24 jam sekaligus membawa kepada 426,589 orang sembuh.

Makkah merekodkan 422 kes diikuti Riyadh 380, wilayah Timur 163 dan Madinah 105.

Sebanyak 9,593 kes aktif di laporkan dan 1,348 masih aktif.

Related posts

Leave a Comment