Indonesia tambah 5,060 kes baharu

JAKARTA 25 Mei – Indonesia menambah 5,060 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,786,187 kes manakala kes sembuh mencatatkan 1,642,074 termasuk kes sembuh yang direkodkan hari ini sebanyak 3,795.

Kes kematian pula meningkat kepada 49,627 apabila 172 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Kes aktif atau pesakit yang masih memerlukan rawatan pula bertambah sebanyak 1,093 dengan jumlah keseluruhan 94,486.

Sementara itu bagi program vaksinasi, setakat ini sebanyak 15,330,306 telah divaksin termasum 410,717 yang diberi suntikan hari ini manakala 10,125,480 telah mendapat dua dos suntikan.

Sementara itu, lima provinsi yang menambah kes sembuh harian tertinggi adalah Jawa Barat 1,022, diikuti Jakarta 506, Jawa Tengah 334, Yogyakarta 191 dan Sumatera Barat 184.

Jawa Barat juga tertinggi kes positif dengan 1,024 kes, menambahkan 1.024, Jawa Tengah 696, Riau 642, Jakarta 384 dan Sumatera Barat 271.

Bagi kes kematian, angka tertinggi direkodkan Jawa Tengah iaitu 28 kes diikuti  Jawa Timur 22, Riau 19, Jakarta 14 serta Jawa Barat 13.

Related posts

Leave a Comment