Thailand catat 3,226 kes baharu

BANGKOK  25 Mei – Thailand merekodkan 26 kematian dan 3,226 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 832 orang meninggal dunia dan 135,439 kes.

Daripada jumlah itu 2,344 melibatkan masyarakat awam dan 882 kes di penjara.

Setakat ini gelombang ketiga pandemik sejak 1 April lalu menyaksikan 106,576 kes dan 61,768 kes sembuh manakala 738 meninggal dunia dengan jumlah keseluruhan kematian kini 832 orang.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kes 26 kematian melibatkan 15 lelaki dan 11 wanita yang berumur antara 36 hingga 88;tahun

Sebanyak 15 kematian dilaporkan di Bangkok, dua di Pathum Thani dan Samut Prakan dan setiap satu di Nonthaburi, Phetchaburi, Chon Buri, Amnat Charoen, Buri Ram, Nakhon Sawan dan Kalasin.

Sementara itu, daripada 3,226 kes baharu itu, 2,325 kes jangkitan tempatan di 48 wilayah manakala 19 lagi kes import.

Bangkok merekodkan kes tertinggi iaitu 872 kes dan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan sejak April sehingga semalam adalah 35,567.

Sebanyak 57 wilayah merekodkan kurang 10 kes dan 29 wilayah tidak merekodkan kes baharu.

Related posts

Leave a Comment