30 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 25 Mei – Kes jangkitan Covid-19 di Singapura kini meningkat kepada 61,890 selepas 30 kes baharu iaitu 21 kes tempatan dan sembilan import dilaporkan hari ini.

Sebanyak 18 kes dalam masyarakat dan tiga di asrama pekerja direkodkan di mana

15 kes jangkitan dalam masyarakat ada kaitan dengan kes sebelum ini.

Menurut Kementerian Kesihatan, enam kes yang tiada kaitan dengan kes lain sebelum ini termasuklah lelaki warga Malaysia berusia 27 tahun yang bertugas sebagai pengurus di Hospital Besar Sengkang.

Dua lagi kes berkait dengan kluster Jem/Westgate, adalah anggota keluarga kes sebelum ini dan sudah dikuarantin terlebih dahulu. Ini menjadikan 53 kes.

Sementara itu empat kes direkodkan di asrama pekerja di Harvest @ Woodlands termasuk melibatkan pekerja warga Malaysia, 46, yang bekerja sebagai pekerja binaan di H&W Communications. Dia diuji positif pada 22 Mei.

Seorang lagi warga Singapura berusia 40 tahun, kakitangan operasi di The Meatery yang diuji positif pada 22 Mei. Ada tiga kes dalam kelompok ini.

Related posts

Leave a Comment