LRT bertembung, 47 parah, 166 cedera

KUALA LUMPUR 24 Mei – Seramai 47 penumpang parah manakala 166 cedera ringan apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) bertembung dalam kemalangan berhampiran Stesen KLCC malam ini. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata semua mangsa dihantar ke hospital. Kejadian ini membabitkan tren dari Gombak dipandu secara automatik membawa 213 orang penumpang dengan sebuah lagi tren dari Kampung Baru iaitu tren kosong yang mempunyai pemandu. “Kita dapati mungkin berlaku kegagalan komunikasi dan ini adalah kemalangan… kami masih menyiasat jika ia adalah (berpunca daripada) kecuaian kerana…

Read More

1,157 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 24 Mei – Arab Saudi hari ini merekodkan 1,157 kes baharu Covid-19 meningkat sedikit berbanding 1,067 yang direkodkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian harian meningkat kepada 15 berbanding 12 pesakit yang meninggal dunia semalam. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 442,071 kes dan 7,264 kematian. Sementara itu, sebanyak 987 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada 425,677 kes pulih daripada Covid-19. Sementara itu, Makkah merekodkan kes jangkitan tertinggi dengan 357 kes diikuti Riyadh 320, daerah Timur 137, dan Madinah 100 kes.. Kes aktif…

Read More

Kemboja catat 556 kes baharu

PHNOM PENH 24 Mei – Kemboja melaporkan 556 lagi kes harian Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 25,761. Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata 540 kes membabitkan penularan tempatan sejak gelombang ketiga melanda pada 20 Februari lalu dan sebanyak 16 lagi adalah kes import. Seramai 658 pesakit pulih, menjadikan jumlah keseluruhan 18,359 manakala jumlah korban meningkat kepada 179 orang selepas tiga lagi kematian baharu dilaporkan. Sementara itu, setakat ini, 2.27 juta daripada 10 juta penduduk sudah divaksin. Sebanyak 1,570,167 orang telah mendapat vaksin penuh sejak program vaksinasi bermula 10…

Read More

Vietnam catat 33 kes baharu

HANOI 24 Mei – Vietnam mencatatkan 33 lagi kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh enam jam setakat pukul 12 tengah hari ini dengan semua kes dilaporkan di kemudahan kuarantin dan kawasan yang ditutup. Sebanyak 28 kes dilaporkan di wilayah Bac Giang, empat di wilayah Hai Duong dan satu di bandar Da Nang. Setakat ini Vietnam mencatatkan keseluruhan 5,308 kes termasuk 3,823 jangkitan tempatan. Menurut Pentadbiran Pemeriksaan Perubatan Kementerian Kesihatan , 43 kematian direkodkan dan 2,721 pesakit pulih sehingga kini.  Berikutan peningkatan kes, orang ramai diminta mematuhi langkah pencegahan 5K Kementerian Kesihatan: khau trang (pelitup muka), khu khuan…

Read More

India lepasi 300,000 kematian

NEW DELHI 24 Mei – India merekodkan lebih 300,000 kematian apabila mencatatkan 4,454 kes baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan korban Covid-19 meningkat kepada 303,720 orang. Dengan perkembangan ini, India menjadi negara ketiga di dunia yang melepasi angka 300,000 kematian, di belakang Amerika Syarikat dan Brazil. Bagi kes jangkitan pula, jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang direkodkan meningkat kepada 26,752,447, selepas 222,315 kes baharu dilaporkan sejak pagi Ahad. Masih terdapat 2,720,716 kes aktif di negara ini, penurunan 84,683 kes dalam tempoh 24 jam. Jumlah kes aktif harian pula menurun sejak beberapa hari…

Read More

Kuarantin sehingga 21 hari

KUALA LUMPUR 24 Mei  – Tempoh kuarantin wajib ke atas pengembara warga tempatan dan bukan warganegara dari negara selain Sri Lanka, Bangladesh, Nepal dan Pakistan dilanjutkan daripada 10 hari kepada 14 hari, berkuat kuasa serta-merta.  Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata tempoh kuarantin 14 hari ini akan dilanjutkan selama tujuh hari lagi, menjadikan jumlah kuarantin 21 hari sekiranya terdapat keperluan berdasarkan hasil penilaian risiko pada hari ke-14. “Kuarantin tambahan ini akan dilaksanakan di stesen kuarantin yang sama. Ujian ulangan RT-PCR COVID-19 dilakukan pada hari ke-10. Sekiranya dilanjutkan tempoh kuarantin sehingga 21 hari, ujian ulangan RT-PCR COVID-19 perlu dibuat pada hari…

Read More

PKPD mukim dan lokaliti

KUALA LUMPUR 24 Mei – Susulan peningkatan mendadak kes Covid-19, kerajaan memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa mukim dan lokaliti melibatkan Labuan, Pahang dan Sabah Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD di Labuan melibatkan lima zon kecil berkuat kuasa 26 Mei hingga 24 Jun. Berdasarkan kepada situasi semasa peningkatan mendadak kes Covid-19 di Labuan adalah susulan daripada peningkatan kes di semua negeri di Malaysia dan kesemua lima zon kecil kini berstatus jingga dan merah. Kementerian Kesihatan Malaysia  (KKM) turut mengesahkan kadar kebolehjangkitan di Labuan pada 23…

Read More

20 kluster baharu

PUTRAJAYA 24 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 20 lagi kluster baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,045 kluster. Setakat ini, 1,475 kluster telah tamat manakala 570 kluster aktif. Kluster baharu melibatkan lapan kluster tempat kerja, enam komuniti, tiga keagamaan, serta masing-masing satu bagi institusi pendidikan KPM, kumpulan berisiko tinggi, dan import. Berikut huraian ringkas 20 kluster baharu berkenaan: 1. Kluster Jalan Tengkorak – melibatkan daerah Kuala Selangor (Selangor) – 611 kes disaring, 8 positif 2. Kluster Jalan Bestari Satu – melibatkan daerah Klang dan Petaling (Selangor) – 343…

Read More

Rekod kematian tertinggi

PUTRAJAYA 24 Mei – Sebanyak 6,509 kes baharu positif Covid -19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 518,600 kes dengan kes aktif 60,018 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada jumlah itu, 6,489 adalah kes tempatan yang melibatkan 5,931 warganegara dan 558 bukan warganegara manakala 20 lagi adalah kes import yang membabitkan 17 warganegara. Perangkaan hari ini juga merekodkan kematian tertinggi iaitu 61 kes berbanding rekod sebelum ini 59 orang pada 20 Mei lalu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia 2,309 orang. Kes kematian hari ini melibatkan…

Read More