1,157 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 24 Mei – Arab Saudi hari ini merekodkan 1,157 kes baharu Covid-19 meningkat sedikit berbanding 1,067 yang direkodkan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian harian meningkat kepada 15 berbanding 12 pesakit yang meninggal dunia semalam.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 442,071 kes dan 7,264 kematian.

Sementara itu, sebanyak 987 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada 425,677 kes pulih daripada Covid-19.

Sementara itu, Makkah merekodkan kes jangkitan tertinggi dengan 357 kes diikuti Riyadh 320, daerah Timur 137, dan Madinah 100 kes..

Kes aktif pula 9,130 di mana 1,334 kes dalam keadaan kritikal..

Related posts

Leave a Comment