LRT bertembung, 47 parah, 166 cedera

KUALA LUMPUR 24 Mei – Seramai 47 penumpang parah manakala 166 cedera ringan apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) bertembung dalam kemalangan berhampiran Stesen KLCC malam ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata semua mangsa dihantar ke hospital.

Kejadian ini membabitkan tren dari Gombak dipandu secara automatik membawa 213 orang penumpang dengan sebuah lagi tren dari Kampung Baru iaitu tren kosong yang mempunyai pemandu.

“Kita dapati mungkin berlaku kegagalan komunikasi dan ini adalah kemalangan… kami masih menyiasat jika ia adalah (berpunca daripada) kecuaian kerana melibatkan kecederaan awam,” katanya pada sidang media.

Beliau menjelaskan tren dari Kampung Baru ke Gombak adalah tren yang mengalami kerosakan dan sedang dipandu uji ketika kejadian berlaku.

Beliau berkata, tiada sebarang petunjuk yang boleh dikaitkan dengan unsur sabotaj dalam kejadian berkenaan buat masa ini.

Bagaimanapun, pihaknya akan menjalankan siasatan mengenai punca kejadian.

Related posts

Leave a Comment