Vietnam catat 33 kes baharu

HANOI 24 Mei – Vietnam mencatatkan 33 lagi kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh enam jam setakat pukul 12 tengah hari ini dengan semua kes dilaporkan di kemudahan kuarantin dan kawasan yang ditutup.

Sebanyak 28 kes dilaporkan di wilayah Bac Giang, empat di wilayah Hai Duong dan satu di bandar Da Nang. Setakat ini Vietnam mencatatkan keseluruhan 5,308 kes termasuk 3,823 jangkitan tempatan.

Menurut Pentadbiran Pemeriksaan Perubatan Kementerian Kesihatan , 43 kematian direkodkan dan 2,721 pesakit pulih sehingga kini. 

Berikutan peningkatan kes, orang ramai diminta mematuhi langkah pencegahan 5K Kementerian Kesihatan: khau trang (pelitup muka), khu khuan (membasmi kuman), khoang cach (penjarakan), khong tu tap (tidak berhimpun) dan khai bao y te (perisytiharan kesihatan).

Related posts

Leave a Comment